sktat.zoom-a.com
SK TELOK AYER TAWAR
13050 BUTTERWORTH Tel : 04-3512534, Faks : 04-3512897
e-mel : sktat@zoom-a.com/esktat@gmail.com
| LAMAN UTAMA | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI & PIAGAM | LAGU SEKOLAH | KEPUTUSAN UPSR | ALBUM 2010 |

SEJARAH SEKOLAH





Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar adalah  antara sekolah tertua di daerah Seberang Perai Utara.

            Sekolah ini didirikan pada tahun 1898 dengan nama Sekolah Melayu Telok Ayer Tawar.  Lokasi awal sekolah ini ialah di simpang tiga berhadapan dengan Balai Polis Teluk Air Tawar.

            Ketika itu, bangunan sekolah merupakan bangunan setingkat yang diperbuat daripada papan.  Terdapat tiga bilik darjah dengan bilangan pelajar lebih kurang 100 orang.  Lima orang guru termasuk guru besar bertugas di sekolah tersebut.

            Guru besar asal tidak diketahui dan hanya direkodkan Encik Ismail Bin Puteh memegang jawatan tersebut dari tahun 1926 – 1927.

            Pada tahun 1912, telah didirikan rumah guru untuk kemudahan guru-guru.  Apabila bilangan murid semakin bertambah, bangunan baru didirikan di satu tapak baru iaitu tapak sekolah sekarang.  Sementara itu, bangunan lama tetap digunakan sehingga tahun-tahun 1970-an.

            Pada masa itu, semua mata pelajaran diajar oleh guru yang ditugaskan kecuali bagi mata pelajaran Agama Islam.  Agama Islam diajar oleh guru khas.

Pada 08 Disember 1941, negeri-negeri utara Tanah Melayu telah diserang oleh tentera Jepun.  Teluk Air Tawar telah menjadi medan pertempuran antara Jepun dengan tentera Berikat (gabungan tentera British, Amerika Syarikat, Belanda dan Perancis).  Justeru, Sekolah Melayu Telok Ayer Tawar terpaksa dututup.

            Sekolah dibuka semula pada Februari 1942 dengan menggunakan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.  Cikgu Bahaudin Hasan berkhidmat sebagai guru besar ketika itu sehingga 1955.

            Pada Januari 1945, Sekolah Melayu Telok Ayer Tawar terpaksa ditutup semula atas arahan tentera Jepun.  Malahan, penduduk setempat turut diminta berpindah.  Ini kerana tentera Jepun diserang oleh tentera Berikat.

Pada Februari 1946, sekolah dibuka semula oleh pihak British.  Cikgu Haji Shariff merupakan orang yang bertanggungjawab mengumpul murid-murid untuk bersekolah semula.

            Ketika itu, mata pelajaran yang diajar ialah Ilmu Kejadian, Tawarikh (Sejarah), dan Ilmu Alam (Geografi).  Agama Islam tidak diajar tetapi pelajaran lebih bertumpu kepada penulisan jawi dan rumi.

Pada tahun 1963, tapak bangunan baru dua tingkat (Bangunan A) telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang ramai.  Lantaran jumlah murid yang semakin bertambah, pada tahun 1982, bangunan tambahan tiga tingkat (Bangunan B) pula didirikan. Pihak Kementerian Pendidikan seterusnya mengambil langkah mendirikan bangunan tambahan empat tingkat (Bangunan C) pada tahun 1987.

Kini, SK Telok Ayer Tawar mempunyai satu lagi bangunan baru (Bangunan D).  Bangunan ini siap dibina pada tahun 2000.

Sementara itu, kelas Prasekolah SK Telok Ayer Tawar telah dibuka pada tahun 2006.  Lokasi kelas prasekolah ialah di tingkat bawah Blok A.  Guru Prasekolah yang pertama ialah Pn. Robiah Binti Abdul Rashid.  Pada tahun berikutnya, sebuah lagi kelas prasekolah dibuka bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah.

Kini, usia SK Telok Ayer Tawar telah menjangkau 111 tahun.  SK Telok Ayer Tawar telah menyambut ‘Perayaan Seratus tahun’  pada 1998.    

                                                                                                         

Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah;

*     En.Ismail Bin Puteh                                      1926 – 1927

*     En.Wahab Bin Ibrahim                                1927 – 1929

*     En. Embi Bin Md. Yusuf                             1930 – 1932

*     En. Mansur Bin Hassan                               1932 – 1934

*     En. Sidek Bin Kasim                                   1935 – 1937

*     En. IhsanBin Sulaiman                                 1937 – 1941

*     En.Bahaudin Bin Hasan                               1941 – 1946

*     En.Abdullah Bin Hasan                               1947 – 1949

*     En. Othman Bin Maaruf                              1949 – 1952

*     En. Bahaudin Bin Hasan                              1953 – 1955

*     En. Hanafi Bin Awang                                 1956 – 1957

*     En. Din Bin Puteh                                       1958 – 1972

*     En. Jaafar Bin Hj.Zakaria                            1973 – 1978

*     En.Ibrahim Bin Md.Zain                              1978 – 1979

*     Tn. Hj. Husain Bin Chik                              1979 – 1980

*     En. Mohd Noor Bin Ayob                          1980 – 1984

*     En. Yahaya Bin Din                                    1984 – 1985

*     En. Idris Bin Din                                         1985 – 1989

*     En. Sirajuddin Bin Mustafa                         1990 – 1992

*     En. Mat Radzi Bin Habib                            1992 – 1997

*     En. Nasrun Bin Johari                                 1997 – 1999

*     Hj.  Md. Akhir Bin Mahmud                       2000 – 2003

*     En. Othman Bin Md. Desa                           2004 – 2005

*     Hj. Ramli Bin Hj. Awang                            2006 –2008

*     En.Kamaruzaman Bin Salim -PJK             2008 -

 

Blok C

Blok D



 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: